Nuffnang Ads

Thursday, July 4, 2013

Cara mudah dan berkesan penjagaan kesan jerawat di muka/punggung/badan...

Tips Penjagaan Kulit Muka Berjerawat dan Cara Penjagaan Kulit Muka Berminyak bagi lelaki dan perempuan yang ada kulit sensitif dengan cara yang betul.







Tips penjagaan kulit muka yang mempunyai masalah boleh amalkan untuk mengatasi masalah jerawat dan berminyak.
  1. Basuh muka paling kurang 2 kali sehari dengan sabun yang betul. Jangan basuh muka dengan menggunakan sabun badan kerana tahap kealkaliannya adalah berbeza. Seeloknya, gunakan sabun muka jenis pengawalan minyak contohnya, Vaseline (Oil Control).
  2. Elakkan makanan yang berminyak seperti daging burger segera.
  3. Elakkan makanan laut seperti sotong, ketam, udang dan sebagainya KECUALI ikan. (Terpulang kepada kulit individu contohnya, saya boleh makan kerang.)
  4. Elakkan makanan seperti kacang tanah. (Bagi saya, saya tidak boleh makan kacang tanah, tetapi saya boleh makan kacang kuda, almond, gajus dan lain-lain. Ia terpulang kepada kulit individu.)
  5. Elakkan daripada mengguna tuala badan untuk mengelap muka selepas mandi kerana kulit yang sensitif adalah sangat sensitif dengan kekotoran. Gunakan tuala kecil yang lain atau tisu.
  6. Mengamalkan 2 biji sehari Vitamin C Organik 500mg. Ia sangat-sangat membantu masalah kulit muka berjerawat, berminyak dan resdung.

Selain itu terdapat beberapa punca yang menyebabkan kulit bermasalah antaranya ialah:

  •  Sesiapa yang kulit muka berminyak dan jerawat baik tak perlu memakai toner. Pemakaian toner pada kulit menyebabkan muka menjadi lembab akan memudahkan jerawat naik kerana kulit terlalu lembab.
  • Krim malam juga boleh melembabkan kulit. Jika kulit anda mempunyai masalah elakkan daripada memakai kim malam terlalu kerap ini akan menyebabkan kulit menjadi kering. 
  • Lepas memakai make up pastikan kulit muka di bersihkan daripada make up untuk memastikan kulit muka mendapat udara yang bersih dan masa untuk kulit muka rehat untuk menghasilkan sel-sel baru. Dipasaran terdapat pelbagai produk untuk membersihkan kulit muka dari jerawat, pilih produk yang bersesuan dengan kulit anda sendiri.

Petua Menghilangkan kutil/ketuat

Kutil atau ketuat, dalam bahasa perubatan disebut verruca adalah pertumbuhan kulit yang disebabkan oleh human papillomavirus (HPV). Penyakit ini dikesan dengan gejala peningkatan pertumbuhan jaringan kulit lokal. Meskipun disebabkan oleh virus HPV, yang merupakan salah satu virus penyebab kanser leher rahim (kanser serviks), tetapi sebagian besar kulit itu tidak berubah menjadi kanser dan tidak berbahaya.


Virus ini menyebabkan kulit, iaitu protein keras pada lapisan epidermis (lapisan atas kulit) yang tumbuh dengan sangat cepat. Namun, ada pula kutil/ketuat yang kadang berubah menjadi parah/teruk, antara lain beberapa kutil yang menginveksi rahim, leher rahim, penis, serta jenis kulit tertentu yang jarang ditemukan. Penyakit kutil/ ketuat boleh tumbuh di usia berapa pun, tetapi lebih sering ditemukan pada anak-anak. Bentuk serta ukuran kutil/ketuat bergantung pada lokasi tumbuhnya di tubuh dan virus penyebabnya


Salah satu cara menghilangkan kutil/ketuat secara alami adalah dengan menggunakan bawang putih. Bawang putih dengan sulfurnya boleh menyebabkan kulit  mengikis dan membuang lapisan tanduk yang menebal tersebut sehingga permukaan kulit menjadi normal kembali.
Pemakaian bawang putih dalam cara menghilangkan kutil/ketuat secara1 ulas bawang putih dihaluskan dan digosokan ke permukaan kulit yang terserang kutil/ketuat kemudian dibalut dengan kain pembalut. Perlu dilakukan sampai kutil menghilang. Saat di ubati kulit terasa agak panas, kemudian menunjukkan tanda-tanda awalnya kulit yang sebelumnya kasar menjadi lembut. Cara lain yang lebih efisien adalah 1 ulas bawang putih di potong dan di gosokan ke kulit yang terkena kutil.