Nuffnang Ads

Thursday, July 4, 2013

Cara menghilangkan kesan parut kudis/luka/jerawat dan kulit terbakar...

Cara untuk hilangkan kesan parut ini  ada banyak sebenarnya, antara salah satunya dengan cara menghilangkan parut menggunakan daun pokok lidah buaya. Lendir daun lidah buaya bukan sahaja boleh menyejukkan kulit, tetapi berkhasiat menghilangkan parut luka atau kudis. Caranya, ambil sehelai daun lidah buaya, belah dua dan ambil lendirnya. Sapukan lendir itu pada bahagian tubuh yang berparut sebanyak dua kali sehari dan biarkan ia sehingga kering.
Lendir daun lidah buaya...

Selain itu boleh ambil biji asam jawa. Goreng tanpa minyak lebih kurang 5 minit. Kemudian ambil dan goreskan pada batu atau permukaan yang kasar. Bila keluar serbuknya, titiskan air dan gosok pada parut. Jika anda rajin amalkan ia akan dapat menghilangkan parut tersebut.

Kulit kayu manis juga boleh digunakan untuk menghilangkan kesan parut dengan cara tumbuk kulit kayu manis sehingga lumat. Campurkan serbuk ini dengan sedikit air. Bancuhkan bersama dengan bedak sejuk. Setelah sebati, sapu rata di bahagian berparut. Lakukan sekerap yg mungkin. Lama-kelamaan, parut akan beransur hilang. Petua ini juga sesuai untuk menghilangkan bintik-bintik hitam dan jerawat di wajah.

Kulit pisang juga berkesan untuk hilangkan kesan parut untuk jerawat.  Amalkan gosok setiap hari dengan kulit pisang lemak manis atau kulit pisang kapas.







10 comments:

  1. Semua petua-petua ni untuk mengelakkan parut terbentuk untuk luka baru kan!. Macam mana untuk hilangkan parut yang dah lama terbentuk?

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. Berdoa pd Allah the manga berkuasa

      Delete
  2. Perkongsian yang sangat menarik admin. Menurut kajian dan respon dari pengguna vitamin E, mereka mengatakan bekas parut jerawat serta parut luka hilang dan meninggalkan kulit yang bersih dan cantik selepas mengambil vita E secara oral dan menjadikannya sebagai masker. Ada yang mengambilnya secara konsisten, untuk 3-4 bulan, bukan sahaja parut hilang, malahan jerawat pun dah tak timbul lagi. Saya ada kongsi testimoni mereka di sini, http://bit.ly/1f7OeYq

    ReplyDelete
  3. Untuk lebih kesan cube produk shaklee vit e,, banyak khasiat selain mnghilangkn parut ianya juga utk antioksida..berminat pm saya jiha 0172540070

    ReplyDelete
  4. aku skg tgh try yg guna pokok lidah buaya.tgn aku hbis teruk calar kena gigit n cakar kucing.tp mau tanya..brp lm ya bru hilang??

    ReplyDelete
  5. Membaik pulih sel kulit bibir,
    Melembap dn juga bleh diguna utk mghilangkn kesan parut yg trdpat pda prmukaan kulit.... http://rosa-sima.blogspot.com
    Sesuai utk smua jnis kulit.... search Rosa-Sima; tak pun whatsapp ke sy 0199448783

    ReplyDelete
  6. Kat rumah ada berlambak daun lidah buaya..tapi tak pernah guna..lepas ni boleh la potong sikit dan guna

    ReplyDelete
  7. Ini memang petua tradisional saya suka! Nak lagi berkesan hilangkan parut boleh tambah suplemen sebab ia rawat sel kulit dari dalam supaya sihat. Bila sel sihat, kulit pun sihat dan cantik :)

    ReplyDelete